Thursday, December 9, 2010

Part 1 - Kencing Atas Tangan Cikgu!

Ini kisah benar. harap maklum.

Kencing Atas Tangan Cikgu
yang ni cite yang aku tak kan lupa sampai bila-bila. kalau bole rekod time ni, memang aku rekod nak tunjuk dekat anak cucu. haha aiyak! dulu aku tadika kat maktab tempat ayah keje. so, yang belajar dekat situ, semua anak-anak pensyarah maktab tu. yang mengajar pulak, pensyarah jugak. Dulu aku la paling muda sebab yang lain semua dah 6 tahun. aku sorang je yang tergedik nak masok tadika awal..*rajin kan?? orang lain semua corak baju petak, aku sorang je yang berenda-renda. amoi buat baju salah jahit.! tak kesah pun sebab renda-renda lagi cantik..hehe dulu, kalau nak pegi toilet kena bagitau cikgu cakap "cikgu, saya nak uk, uk" lepas tu, baru cikgu bukak pintu grill belakang. pintu tu kena kunci selalu sebab paham-paham la bila budak-budak ramai. tak pasal-pasal, hilang melepak dalam toilet.. alasan, sakit perut. padahal malas nak buat keje cikgu bagi. mase tadika kat maktab best woooo! buat lukisan corak-corak guna labuci, buat ikan guna paper, buat tanglung, buat koir rasa sayang eh-rasa sayang sayang eh and so on. tadika korang ade ke macam tu? tak kan? tak kan? back to the title, mase tu aku tak tahan gilaaa nak buang air. cikgu pulak, tak de dalam kelas. haisyh~ bila cikgu balik, melompat-lompat aku cakap nak pegi toilet. cikgu pun cepat-cepat bukak pintu grill then bukak seluar aku. last-last, tak tahan punya pasal, aku bantai kencing kat tangan die. huahuahua!! balik je ofis, cikgu cite kat ayah aku. mase tu, tak malu sangat. budak-budak kan, tau ape sangat. yang aku tau, aku LEGA gilaaaaa! haha Cikgu Kartini, do forgive me kayh? iloveyou! :)

Kembar Flower Horn
meh sini aku nak cerita zaman aku nakal-nakal dulu. iyee, aku nakal dulu. sebab tu orang lain main monkey bar tak jatuh, tapi aku je yang terlebih stunt sampai benjol dahi seketul. zaman tu mane femes lagi ikan Flower Horn. kalau tak, sebijik je aku dengan ikan tuu. fuh! selamat kau tak femes lagi ikan oiii.. ingat lagi time tu. arwah opah menjerit dari atas sebab terkejut tengok cucu 'stuntgirl' die jatuh. aku tak ingat sangat time tu. yang aku tau, takut kena marah dengan ayah nanti bile die balik keje.haha tahu pun takut, mase nak naik, tak tahu plak takut! bila ayah balik je keje, aku sembunyi dahi guna selimut.. konon-konon bajet tidor tutup muka. last-last, kantoi sebab arwah opah dah bagitau. ayah tak marah. (indahnya dunia time tu kau tahu tak??) ayah tarik selimut sikit.die pegang dahi aku sambil usap. hehe terasa macam kitty comel pulak. *wink2!

Jabatan Teknologi Pendidikan tempat aku LI kenduri buah hari ni. hehe :)

2 comments:

ordinary89art said...

hheheheheheheehhe

Azie Andy said...

hahahaha...lucu r...kencing kat tgn g tue...sy plak x pnh msk pra/tadika lama2...masuk pun 2 3 mgu pastu keluar blk...cikgu ckp dia xnak ajar budak yg dah tau suma...mana xnya ayah sy kat umah siap balun suma budak djh 1 punya keja bg kat sy...x pandai kena ikat kat pokok lagi...huahuahua...cian tol... =p