Tuesday, September 27, 2011

finally, kahwin jugak :)

budak ni comel sangat! aku jumpa dalam bas on the way to KL. mula-mula memang bising gilaaaa la budak ni. nangis la, meragam la, sian mak die.. lepas nangis, tidor. bangun tidor, nangis. tu la keje die. kacau je aku nak tidor tapi aku paham. die budak lagi *hati baik*. siap bole berguling kat lantai bas. kalau angkat, die jerit. last-last mak die biar je. HAHA mase die makan keropok, die offer kat aku. "Nak, nak? dapppp, dappp" (nak, nak? sedappp, sedappp) aku geleng cakap tak nak, pastu gelak sampai 1 bas dengar. ape yang lawak pun tak tau. 

gambar ni aku ambik masa die datang main handphone aku. bila nak ambik gambar, automatik senyum :) siap flying kiss masa die nak balik. sweet!

at KFC KL Sentral. waiting for my sis and cousin. orang lain duduk KFC makan ayam bagai. kami makan cake! Chocolate Indulgence Secret Recipe. not my favourite but him. prefer New York Cheese Cake. nyum3 Krusher Oreo?? not bad tapi tak sehebat McFlurry McD! :)

hasil tangan aku and Faris. hantaran my cousin untuk wedding die. semua dulang ade renda-renda ni tapi 1 je tak de. pastu, mak sedara aku suruh pasangkan. mula-mula pasang dengan ibu then Faris datang. so, ni la hasilnya. tadaaaa~ dua-dua semangat pasang renda ni sampai kena bahan dengan mak sedara yang lain. grrrrr!

makciks (huruf S tu nak tunjuk RAMAI makcik) - haa! lepas ni hantaran kawin, bole la pasang sendiri.

faris & me - *blur* HAHAHAHA!


pengantin dengan panglima-panglima! hehe 
yang pakai baju melayu hitam ni tukang angkat hantaran. memang segak-bergaya-menarik-tertawan. huhu dah macam kerabat diraja je aku tengok padahal tak pun. huhu *over*

ni la pengantin nye. sweet! masa mula-mula tok kadi bagi mukadimah pasal perkahwinan, macam-macam ilmu dapat. siap buat lawak lagi. sempoi je tok kadi ni! mase dengar mukadimah tok kadi, siap mesej Faris lagi cakap "Dengar tu ape tok kadi cakap. haha"

Tok Kadi : Dalam alam perkahwinan ni, macam-macam dugaan yang kena hadapi. walau ape pun yang terjadi, kite kena redha. lagi satu, jangan time sekarang je sayang-sayang. lepas kahwin pun, sayang tu kena tetap ade. jangan sampai dari FLYING KISS jadi FLYING KICK! hahahaha

the other side is my beloved beautiful cousin. EKIN. abang die laa yang kahwin ni. yang ni abang ke-3 yang kahwin this year! tahun ni, tahun Ekin dapat kakak-kakak ipar. hehe tahun depan, tahun Ekin dapat anak-anak buah. abis laaa kamu Ekin, kena jaga anak buah ramai nanti. ngeh3

iklan jap gambar sendiri. Hehe

oufit for that day, kebaya labuh milik Ekin!
kena pinjam lepas kena paksa dengan Mak Ndak (mak Ekin) suruh pakai baju lain sebab aku plan nak pakai baju raya je. Mak Ndak cakap, baju raya untuk kenduri bulan 11 nanti T___T nasib baik laa satu saiz dengan cousin aku sorang tu except ketinggian! hehe

Majlis Persandingan di Ampang. 10.30am akad nikah - 1.30pm persandingan.
meriah jugak laaa even tak ramai orang. siap ade persembahan silat lagi. memang gerun weyhhh! siap ade yang silat pastu cucuk-cucuk tangan guna besi tajam. ouch! 

take note: nasib baik kaler khemah MERAH-PURPLE tu masuk jugak. :)

rombongan pengantin lelaki dengan pengantin.

sian Faris tak dapat masok dalam gambar. kena jadi photographer jap. huahuahua!

okay, Faris dapat chance bergambar dengan pengantin jugak finally. hehe
masa ni ramai betol orang nak ambik gambar. sampai kena tunggu turn. finally, dapat jugak! biasa laaa, nak ambik restu pengantin baru jap.haha suka tengok pelamin. NICE. warna merah memang menyerlah! dah macam garden full of roses. i like! :)

Kak Syida, you are beautiful that day!

yang ni bukan PENGANTIN BARU tapi PENGANTIN TIPU! hehe

to my cousin Abang Kemal & Kak Syida, SELAMAT PENGANTIN BARU! SEMOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT!

2 comments:

zarifah efa pahmi said...

tahniah trex..dah kahwin akhirnya..hahaha..:p

ATIRA :) said...

thank you! HAHAHA akhirnya~